Servis Pendaftaran Pemandu Grab
Bantuan Pantas, Mudah, & Percuma
Jana Pendapatan Fleksibel, Bila-Bila Masa!
Ingin cari pendapatan tambahan dengan masa yang anda tentukan sendiri? Jadi pemandu Grab adalah pilihan terbaik. Kami di sini untuk bantu anda mendaftar dengan **pantas** dan **tanpa pening kepala**.
Kenapa daftar melalui kami?
- ✅ Bantuan Penuh: Kami 'guide' anda satu per satu melalui WhatsApp.
- ✅ Proses Pantas: Bantuan Sehingga Akaun aktif sepantas yang mungkin (jika dokumen lengkap).
- ✅ Percuma: Tiada sebarang bayaran servis dikenakan.
- ✅ Support Group: Tips dan panduan untuk pemandu baru.
Syarat & Kelayakan Pendaftaran
Pastikan anda memenuhi semua syarat di bawah sebelum mendaftar:
- Warganegara Malaysia (MyKad Biru).
- Berumur 21 tahun ke atas dan 69 tahun ke bawah.
- Memiliki Lesen Memandu Penuh (Lesen 'P' tidak diterima).
- Nama pada IC dan Lesen Memandu mestilah sama.
- Kereta tahun 2013 ke atas (Mengikut senarai model yang dibenarkan Grab).
- Kereta mestilah 4 pintu.
- Lulus pemeriksaan PUSPAKOM (Kami akan bantu uruskan).
- Tiada rekod jenayah berat.
Dokumen Diperlukan:
- Gambar IC (Depan)
- Gambar Lesen Memandu (Depan)
- Gambar Cover Insurans Kereta (Yang ada nama, no. plate, tarikh tamat)
- Gambar Geran Kenderaan
- Surat Kebenaran Memandu Jika Bukan Kenderaan Sendiri (Kami Akan Bantu Sediakan
Proses Pendaftaran (Servis Kami)
Proses kami sangat mudah dan cepat:
- Klik Butang WhatsApp: Klik butang "Daftar" di laman ini untuk hubungi kami.
- Hantar Dokumen: Hantar gambar dokumen (IC, Lesen, Cover Insurans) yang jelas kepada kami.
- Kami Proses: Kami akan proseskan permohonan anda terus ke sistem Grab.
- Selesai Latihan Online: Anda akan terima link untuk siapkan latihan (training) dan kuiz online Grab (mudah sahaja).
- Akaun Aktif: Selepas lulus, perlu tunggu pemeriksaan latar belakang, kemudian akaun anda akan diaktifkan dan anda sedia untuk memulakan pemanduan!
Hubungi Kami / Soalan Lazim (FAQ)
Soalan: Berapa lama proses pendaftaran?
Jawapan: Jika semua dokumen lengkap dan anda terus selesaikan latihan online, akaun boleh aktif dalam bawah 5 hari bekerja.
Soalan: Adakah servis ini percuma?
Jawapan: Ya, servis bantuan pendaftaran kami adalah 100% percuma. Anda hanya perlu bayar kos pemeriksaan PUSPAKOM dan yuran lesen PSV anda sendiri.
Soalan: Kereta bukan nama saya, boleh daftar?
Jawapan: Boleh, asalkan anda ada surat kebenaran (consent letter) daripada pemilik kereta dan nama anda ditambah dalam insurans kereta tersebut (sebagai "authorised driver" atau "all drivers").
Ada sebarang soalan lain? Jangan ragu-ragu untuk bertanya!